Aku pernah tersungkuh Dan hampir terjatuh Bukan setakat jalan berlubang Malah yang rata pun boleh tersembam. Bila aku cuba untuk bangun Bertubi-tubi aku di lempar batu Dari sekecil-kecil batu Hingga sebesar-besar gajah. Aku hancurkan batu sekeliling ku Sikit demi sedikit sehingga menjadi debu Ia mengambil masa yang cukup lama Dan aku mula putus asa. Tapak tangan mula sakit dan pedih Hati pula tak kuat yang di sangka Aku balut luka setebal yang mungkin Tapi kaki pula penat untuk berdiri. Dari jalan kaki ke motorsikal Hati sedikit senang Tapi bila motor buruk ni faham-faham jelah Banyak perlu di baiki. Manusia pula bila tak diperlu Mudah dicampak ke laut Macam motor buruk tadi Miskin dan menyusahkan. Aku baikilah mana yang boleh
Memerlukan duit yang banyak
Masalah sekarang ni
Mana aku nak cari duit?
Kau pernah terdesak memerlukan duit?
Orang tu sanggup lakukan apa sahaja
Asalkan dapat duit seperti pengemis
Menyedihkan bukan? Tapi tulah hakikatnya.
Zaman sekarang ni
Kau berduit di pandang mulia
Kau tidak berharta akan dihina
Itulah yang aku lalui.
Di buang saat tidak punya apa-apa
Di sanjung ketika memiliki segalanya
Aku muak dengan manusia yang selalu memakai topeng
kemana-mana.
Perjalanan aku seperti graf
Naik sikit jatuhnya banyak
Kadang bila da jatuh
Susahnya nak naik semula.
Nak sampai ke tahap sekarang ni
Aku lalui bermacam-macam dugaan
Perit pedih gembira merana
Haru biru jadinya.
Tapi alhamdulillah aku masih kuat bertahan
kuncinya ialah sekadar BERSABAR.
Comments