Kalaulah diberi pilihan, Aku pilih untuk mengarang,
Mengarang setiap cerita yang aku impikan, Cerita yang bagus untuk diri aku.
Tak perlu fikir apa yang akan berlaku esok hari,
Sudah ku tahu di dalam buku jurnal nanti.
Tak usah kecewa dengan apa yang tak dijangka, Tak usah menangis dengan benda yang sia-sia, Tak usah.
Aku huraikan sendiri dengan apa yang aku hendak, Apa yang aku mahu, Walaupun sepanjang penceritaan aku semuanya gelak tawa.
Tak perlu kau fikir, Itu semua kemahuan ku.
Tapi, Semuanya mustahil.
Cerita aku sudah pun tertulis.
Comments