Hujan, Mendungnya langit, Bunyinya guruh, Lalu turunnya kau membasahi bumi.
Berdirinya aku di tengah lapang, Merasakan kehadiran kau datang.
Saat aku menangis, Kau hadir sembunyikan wajah, Tanpa ragu kau lebatkan keadaan.
Aku menjerit sekuat hati, Untuk melepaskan peritnya hati, Lalu kau bunyikan guruh, sembunyikan jeritan ku.
Hujan, Mendungnya langit, Menggambarkan hati aku, Terlampau gelap tiada cahaya.
Ku sangkakan hujan selamanya.
Tapi.
Berhentinya hujan hilangnya mendung, Rupanya cahaya dibalik awan hitam, Kau wujudkan pula pelangi, Selepas bersihkan hati yang tenggelam.
Comentarios