Bila salah aku jelas kelihatan, Yang lain mula tak pandang, Aku yang tergapai-gapai mengharapkan pertolongan, Sorang pun tidak hulurkan tangan.
Kejam.
Maaf kini terlampau murah, Tiada maksud tiada harga, Apa lagi yang perlu aku buat selain maaf? Jawapannya sepi.
Kejam.
Bunuh diri salah satu lepaskan diri, Dari kejamnya dunia sakitnya hati, Tapi gantung diri tak akan bersihkan hati, Sayu bila mati juga tak layak untuk diri.
Kejam.
Bila kesalahan kau pula jelas kelihatan, Perluang aku untuk membalas, Aku menunggu kata maaf dari mu, Bisu, Seperti aku sahaja yang dahagakan maaf.
Maaf kau terlampau mahal, Tidak layak orang bodoh seperti aku, Sehingga susah untuk di perkata, Ini semua ego semata-mata.
Aku masih lagi menunggu maaf, Terdesak sangat ke aku dengan maaf kau? Terhegeh-hegeh seperti aku yang bersalah, Hujungnya aku pula yang minta maaf.
Kejam.
Comments