top of page
Writer's pictureScarlet

PELACUR

Updated: Jun 2, 2022



Aku manusia kotor, Aku akui, Tapi aku masih punyai hati, Dan kau tak berhak memaki.


Ya,

Hidupku penuh dengan hitam,

Hampir setiap malam,

Aku di jadikan santapan manusia,

Semuanya kerana duit.


Dari kecil aku di didik sebegitu, Tak usah kau membandingkan aku, Sebab bukan kau di tempat aku, Jadi kau tak tahu cerita dalam buku.


Aku pelacur,

Tak perlu ingatkan aku,

Aku tahu.


Tak perlu hina aku,

Jangan kau fikir aku tiada perluang kedua,

Dan jangan kau hukum aku selamanya, Apa kau lupa tuhan yang menentukan segalanya.


Kau masih tak tahu langit tinggi mana, Sebab di butakan dengan darjat yang kau ada, Hidup tak selalunya indah, Ingat kau bukan selalunya di atas.


Di sanjung dengan kesucian hidup, Sebab tak tergolong dalam mereka yang kurang agama, Tapi syurga tak kenal siapa yang hidup sempurna, Ia menuntut amalan yang kau ada.


Pelacur masih lagi hamba Allah, Mungkin dia lagi berhak mendapatkan syurga, Sebab mengingati tulus siapa tuhan dan jahil tidak berpengetahuan, Mengharap ia kembali ke pangkal jalan.

28 views0 comments

Recent Posts

See All

EMOSI

IMAGINASI

Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page